Mac OS
Daripada
Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mac
OS
|
|
|
Screenshot
of Mac OS 9
|
|
Keluarga OS
|
|
Keadaan
|
Publicly
released
|
Model sumber
|
|
Mac OS, yang bererti Macintosh Operating
System, atau Sistem Pengoperasi Macintosh, adalah sistem pengoperasi komputer Apple untuk komputer Apple Macintosh. Mac OS merupakan
sistem pengoperasian pertama yang menggunakan antaramuka
pengguna grafik (GUI). Pasukan Macintosh
termasuk Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld.
Terdapat pelbagai
pandangan bagaimana Macintosh dibangunkan dan di mana
idea asal bermula. Walaupun kaitan antara Macintosh dan projek Alto di Xerox PARC telah luas diperkatakan dalam rekod sejarah, sumbangan
awal Sketchpad oleh Ivan Sutherland dan Sistem di Talian (On-Line
System) oleh Doug Engelbart tidak kurang pentingnya. Lihat Sejarah GUI, dan Apple v. Microsoft.
Apple sengaja
merendahkan kewujudan sistem pengoperasi pada tahun awal kemunculan Macintosh
untuk menjadikan Macintosh kelihatan lebih ramah pengguna dan membezakannya
daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan sebagai ajaib (arcane) dan
mencabar secara teknikal. Apple mahu Macintosh digambarkan sebagai sistem yang
"terus berfungsi" apabila anda menghidupkannya.
Isi
kandungan
Versi
Sistem
pengendalian
Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti "Sistem
6.0.7" atau "Sistem 7". Pada awalnya juga dikenali sebagai
Kotak Perkakasan "Toolbox"; yang mengandungi himpunan rutin piawaian
yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan
komputer
itu sendiri.
Pengabstrakan ini yang membenarkan
applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem digunakan pada generasi
berikutnya, sebagai contoh: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook,
kepada Power Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan Sistem
pengendalian
ini bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS, yang digambarkan
sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac. Istilah seperti
"sistem" dan "kotak perkakasan (the toolbox)"
merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan sistem pengendalian dan
Macintosh API seterusnya mengelakkan
penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehingga kemunculan era
sistem G3 (yang dikenali sebagai
mesin "dunia baru"), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem
pada cakera yang menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki
rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang
simpanan dalam cakera
liut
yang terhad untuk sistem sokongan, kerana komputer Mac yang terawal tidak
mempunyai cakera
keras.
Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable)
menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.
Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang
memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6
(yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS
kerana wujudnya "klon-klon" Mac, sistem yang hampir serupa daripada
syarikat-syarikat lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak
memberitahu dengan jelas bahawa sistem pengendaliannya merupakan hak milik intelektualnya sendiri.
Sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua
jenis:
- Mac OS "Klasik", sistem yang mula-mula dikeluarkan untuk Mac yang pertama pada tahun 1984 hinggalah Mac OS 9.
- Mac OS X (huruf "X" itu disebut sepuluh, iaitu nombor Roman) yang lebih baru. Mac OS X memasukkan unsur-unsur BSD Unix, OpenStep, dan Mac OS 9. Sistem tahap rendah asasnya, Darwin yang berasaskan Unix, merupakan sumber terbuka.
Mac OS Klasik
Mac OS klasik dikenali sebagai satu sistem
yang tidak mempunyai sebarang baris perintah (command line);
merupakan sistem yang menggunakan antara muka pengguna grafik (IU) sepenuhnya.
Dipuji kerana senang untuk digunakan, sistem ini juga dikritik kerana
menggunakan kerjasama multitugas (cooperative
multitasking), ketiadaan pengurusan ingatan, dan kecenderungan pertelingkahan
tambahan/sambungan. "Tambahan" adalah perisian yang ditambah kepada
sistem pengoperasi, untuk memberikan fungsi tambahan - seperti rangkaian kerja
(networking) - atau sokongan kepada perkakasan tertentu. Sesetengah
sambungan tambahan mungkin tidak akan berfungsi dengan betul antara satu sama
lain atau mungkin perlu ditambah mengikut urutan tertentu. Menyelesaikan
masalah tambahan Mac OS boleh menjadi satu proses cuba
jaya
yang memakan masa yang panjang.
Mac OS juga memperkenalkan Sistem Fail Hierarki (Hierarchical File
System), sebagai satu cara inovatif penyususnan fail. Satu fail pada DOS
atau Unix merupakan jujukan bait (byte), yang memerlukan aplikasi
mengetahui bahagian bait mana yang mewakili kod dan bahagian mana yang mewakili
grafik atau data yang lain, Fail Mac mempunyai dua bahagian yang berlainan.
Sebagai tambahan kepada cuaran data, yang merupakan ulangan bait, terdapat juga
akar cuaran resource fork yang mengandungi data yang sudah disusun
seperti menu, grafik, bunyi, dan segmen kod. Satu fail applikasi mungkin hanya
mempunyai sumber yang tidak mengandungi bahagian data. Fail teks mungkin
mengandungi teks dalam bahagian data dan maklumat stail pada sumbernya, jadi
applikasi yang tidak mengenal maklumat stail tersebut masih boleh membaca teks
yang disimpan. Walaupun kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan, Mac OS tidak
dapat digunakan bersama-sama sistem-sistem pengoperasian lain yang tidak
menggunakan sistem Mac OS; contohnya, apabila sesuatu fail disalin daripada Mac
kepada DOS atau Unix, akar cuarannya akan dibuang.
Menjelang akhir 1990-an, telah disedari bahawa
teknologi era 1980-an ini telah melangkaui
hayatnya, dengan kewujudan sistem-sistem pengoperasian multitugas baru yang
lebih stabil.
Mac OS X
Rencana utama: Mac OS X
Mac OS X mambawakan pengurusan memori
ala-Unix dan pre-emptive multitasking kepada platform Mac.
Pengurusan memori yang jauh lebih baik membolehkan lebih banyak perisian
berjalan serentak dan hampir menghapuskan kemungkinan sesuatu perisian
meruntuhkan perisian lain. Ia juga adalah Mac OS petama memasukkan baris
arahan, walaupun tidak dapat dilihat kecuali apabila penggunanya melancarkan
perisian "terminal".
Ramai peminat Mac OS asal menerima OS X,
tetapi terdapat beberapa yang mengkritiknya sebagai lebih susah dan kurang
mesra pengguna daripada Mac OS asal.
Teknologi Mac OS
- QuickDraw: model pengimej imaging model yang pertama memberikan pasaran pukal WYSIWYG
- Finder: antaramuka untuk melayari filesystem dan melancarkan applikasi
- MultiFinder: versi pertama yang menyokong menjalankan lebih dari satu perisian secara serentak
- Chooser: perkakasan untuk mencapai network resources (contoh: mengaktifkan AppleTalk)
- ColorSync: teknologi untuk memastikan pemadanan warna yang sesuai
- Pengurusan ingatan OS Mac: bagaimana Mac menguruskan RAM dan ingatan maya sebelum bertukar kepada UNIX
- Pengemulasian Motorola 68000 oleh PowerPC: bagaimana Mac menangani transisi arkitektural daripada CISC kepada RISC (lihat emulator Mac 68K)
- Desk Accessories: perisian kecil "helper" yang boleh dijalankan seiring dengan sebarang perisian lain, sebelum munculnya MultiFinder atau System 7.
- PlainTalk: teknologi sintesis pertuturan and pengecaman pertuturan
- Mac-Roman : set aksara
Projek Star Trek
Satu aspek sejarah yang menarik mengenai Mac
OS Klasik ialah: ia merupakan satu prototaip rahsia yang tidak diketahui umum
yang dimulakan Apple pada tahun 1992 yang diberi nama kod Project Star Trek. Matlamat projek ini ialah
untuk mencipta versi Mac OS yang boleh berfungsi pada komputer peribadi serasi-Intel x86. Projek ini tidak bertahan
lama, ia dibatalkan hanya selepas setahun iaitu pada 1993 kerana pertelingkahan
politik dalaman. Walaupun begitu, pasukan projek ini berjaya menjadikan perisian seperti Macintosh Finder dan applikasi asas seperti
Quicktime berfungsi secara lancar
pada PC.
Walaupun perisian Star Trek tidak pernah
dilancarkan, emulator pihak-ketiga Macintosh,
seperti vMac, Basilisk II, dan Executor, akhirnya menbolehkan
kemungkinan menjalankan Mac OS Klasik pada komputer peribadi x86.
Emulator-emulator ini terhad mengemulasikan barisan pemproses 68000, dan dengan demikian tidak dapat menjalankan versi Mac
OS yang lebih terkini daripada 8.1 yang memerlukan pemprosesor PowerPC.
Mutakhir ini, emulator seperti Pear PC telah muncul yang mampu
mengemulasikan pemproses PowerPC yang diperlukan oleh versi terkini Mac OS
(seperti Mac
OS X).
Walaubagaimanapun, ia masih di peringkat awal dan seperti emulator-emulator
lain, cenderung untuk berjalan lebih perlahan daripada OS natif.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Tidak ada komentar:
Posting Komentar